- Ketika berkumur : Bisikkanlah dalam hati "Ya ALLAH... Ampunilah dosa mulut dan lidahku ini.." (Ini kerana mulut dan lidah adalah anggota yang paling banyak menyebabkan dosa)
- Ketika membasuh muka : Bisikkanlah "Ya ALLAH... Putihkanlah mukaku diAkhirat kelak. Janganlah KAU hitamkan mukaku ini.." (Ini kerana muka ahli Syurga putoh berseri-seri)
- Ketika membasuh tangan kanan, bisikkan pula " Ya ALLAH... Berikanlah hisab-hisabku melalui tangan ini.."( Ini kerana hisab yang didapati melalui tangan kanan membuktikan Husnul Khatimah)
- Ketika membasuh tangan kiri, Merintihlah dengan bisikan " Ya ALLAH... Janganlah KAU berikan hisab-hisabku melalui tangan kiriku ini.." ( Ini kerana pemberian hisab melalui tangan kiri bermaksud Suul Khatimah)
- Ketika membasuh kepala, berbisiklah "Ya ALLAH.. Lindungilah daku dari terik matahari di Padang Mahsyar dengan ArasyMU" (Ini kerana terika matahari di Padang Mahsyar umpama ia berada hanya sejengkal di atas kepala)
- Ketika membasuh telinga bisikkanlah "Ya ALLAH.. Ampunilah dosa telingaku ini.." (Ini kerana telinga pernah digunakan untuk mendengar fitnah, umpat dan hasutan)
- Ketika membasuh kaki kanan, ucapkanlah "Ya ALLAH..permudahkanlah aku melintas Siratul Mustaqim.." ( Ini kerana melintas titian itu mudah untuk ahli Syurga)
- Ketika membasuh kaki kiri berdoalah "Ya ALLAH bawakanlah aku ke masjid, surau dan bukan tempat-tempat maksiat" (Ini kerana manusia sentiasa memerlukan petunjuk Ar RAHMAN untuk melakukan kebaikan dan menjauhi kemurkaan)
Kemudian bacalah doa ini dengan sepenuh hati ;
Aku mengaku bahawa sesungguhnya tiada TUHAN melainkan ALLAH Yang Maha Esa dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruhNYA. Ya ALLAH... Jsdikanlah diriku dari kalangan orang yang bertaubat. Jadikanlah diriku dari kalangan orang yang sucidan jadikanlah diriku dari kalangan hambaMU yang soleh.
Amien...
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment