Tuesday 28 June 2011

Kerinduan bertaut pada si kecil

Tidak silap langkah yang diambil untuk tinggal merantau selama 6 bulan d Langkawi Kedah untuk menjaga sikecil yg masih belum pandai berjalan dan bercakap.

Selama tinggal di sini, aku cuba melupakan kenangan silam yg penuh noda hitam.. Mentarbiahkan diri dengan terus tunduk dan sujud pada si DIA yang sangat ku kerindui.. Alhamdulillah, dorongan bakal suamiku, (insyaALLAH amien!) tidak silap. Alhamdulillah, kesyukuran ku panjatkan tidak henti-henti.. Walau kadang menghadapi situasi yang sukar, tapi lebih banyak kebaikannya. Membuatkan diri kuat, dan belajar untuk menjadi matang dalam pelbagai perkara.

Beberapa orang cuba meminang, Alhamdulillah setakat ini kasih pada si dia yg berjanji untuk mengambil aku sebagai isterinya masih kukuh ikatan jodohnya. Alhamdulillah.. Semoga akan terus bertahan dan aku juga tidak silap dan memilih sidia sebagai calon suamiku.

Cerita tentang sikecil pula, semalam malam terakhir aku bersama sikecil yg dulunya tidak tahu berjalan dan bercakap, sekarang sudah lincah berjalan dan berlari. Sudah petah berkata-kata walaupun tidak faham apa yg dia cuba bagitau. hemm..Antara sebutannya untuk aku, MALA.. MAALAAHH..hahahah.. Geram betul dengan sikecil ni... Bila kadang dia dimarahi mamynya, dia terus meluru ke arahku minta di peluk.. hhemm.. Rindu pada sikecil... Terasa aku sudah benar-benar menjadi ibunya.. Mana tidaknya, aku menjaganya dari tidak pandai berjalan hingga boleh berjalan.. Menitis airmata semalam ketika menidurkannya, tapi last-last aku yg tertidur dulu dek kerana terlalu penat berjalan.. hehehee..








Si kecil... Semoga kelak engkau akan menjadi anak yg soleh, hamba yang taat dan patuh pada Sang PENCIPTA, dan menjadi pengikut Sunnah Nabi Junjungan Muhammad Rasulullah SAW. Semoga kebahagiaan kebaikan dunia dan akhirat berada dalam genggaman. InsyaALLAH. Amien..
......................................................................................................

Tuesday 7 June 2011

Keheningan Malam Bagi Orang Yang Soleh. ( Rabi'ah Al 'Adawiyah )

Apabila Al 'Adawiyah bersolat Isyak di akhir waktu, lama betul dia mengerjakannya sambil mengetatkan baju dan hijabnya. Sesudah bersolat, dia berkata, "Illahi... Bintang-bintang telah terbenam, orang telah tertidur, pintu-pintu istama raja telah ditutup, dan setiap orang berdua dengan kekasihnya; inilah aku, inilah aku berdiri dihadapanMU".

Kemudian dia bersolat lagi diakhir malam dan ketika fajar terbit, dia berkata lagi. "Illahi... Malam telah berlalu, dan siang akan menjelang, apakah ENGKAU menerima ibadahku pada malam ini hingga aku
(beroleh) berbahagia atau ENGKAU menolaknya sehingga aku (patut) berduka?

"Demi keagunganMU, inilah kebiasaanku sepanjang Engkau memberikan kehidupan kepadaku. Demi keagunganMU, jika ENGKAU mengusirku dari pintuMU, aku tidak akan pergi kerana aku yakin akan Kemurahan dan KemuliaanMU".

**************************************************************************
Begitulah malam bagi golongan orang soleh. Berusaha sekuat tenaga untuk dapat menjalankan ibadah sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Ummu Sulaiman ( Ibunya Nabi Sulaiman AS ) mengatakan bahawa banyak tidur di malam hari menyebabkan seseorang itu miskin pada hari kiamat kelak. Rasulullah SAW juga pernah memberi peringatan kepada mereka yang suka menghabiskan waktu malamnya hanya untuk tidur. Menurut Rasulullah SAW, mereka yang tertidur di malam hari hingga subuh tiba adalah orang yang kedua telinganya dikencing oleh syaitan. Malam memang waktu yang paling nikmat untuk dilalui dengan tidur, apalagi jika siang harinya dihabiskan untuk kerja yang berat. Namun demikian, hendaklah kita memanfaatkan juga waktu malam untuk beribadah, biarpun hanya untuk seketika.

Mungkin pernah ada diantara kita yang berniat untuk menunaikan solat malam, tetapi rasa mengantuk tiba-tiba menyerang dengan begitu hebat, hingga akhirnya kita pun kembali tidur. Oleh sebab itu, Rasulullah SAW memberi petua agar rasa mengantuk hilang dengan sendirinya.

Petua yang dianjurkan adalah dengan memaksa diri untuk bangun dari pembaringan, dan kemudian duduk hingga rasa mengantuk berkurangan sambil membaca beberapa ayat Al Quran. InsyaALLAH jika petua ini dikerjakan dengan ikhlas dan penuh semangat, rasa mengantuk akan hilang.

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang di sindir Rasulullah SAW, yakni golongan yang bangun malam tetapi tidak mengerjakan solat malam. Rasulullah SAW berpesan agar tiada di kalangan umat Islam yang berbuat demikian. Pesanan Rasulullah SAW itu disampaikan baginda dalam salah satu hadisnya kepada Abdullah bin Al Ash. Wallahualam.

Sumber dari Mukjizat Qiamullail.

Wednesday 1 June 2011

Semoga bertemu kita d TELAGA...


Ceramah Ustaz Kazim Elias - Telaga Kaustar. 
SEMOGA BERTEMU NABI MUHAMMAD DI TELAGA. 
INSYAALLAH! 
AMIEN YA RABBI.

Tidak ada Nabi yang dapat membantu ketika di Padang Mahsyar melainkan Nabi Muhammad SAW.
Renungilah.. Betapa tinggi kasih Nabi Muhammad kepada sekalian umat manusia. Semoga bersama kita mendapat Syafaat Nabi Muhammad SAW. 
Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW serta kepada keluarga dan para sahabat baginda..

Wahai Tuhanku.. Umatku.. Umatku.. Umatku..
Subhanallah...
Kasih kepada Rasulullah SAW.. Sayang kepada Rasulullah SAW...

Sunday 22 May 2011

Doa Tahajjud

Ya ALLAH bagiMu segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.. BagiMU segala puji. Pemancar cahaya langit dan bumi.. BagiMUlah segala puji, Engkaulah yg hak, dan janjiMU adalah benar, dan perjumpaan denganMU adalah hak, dan firmanMU adalah benar, dan Syurga adalah hak, neraka adalah hak, dan nabi-nabi itu hak, dan Nabi Muhammad itu hak dan saat hari kiamat itu benar. Ya ALLAH.. KepadaMUlah kami berserah diri bertawakal, kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadaMUlah kami rindu, dan kepada Engkaulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang telah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan Yang Terdahulu dan Tuhan Yang Terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau ALLAH Rabbul'alamin.. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan ALLAH.. Amien..

Sumber: Asas Fardhu Ain by Ustaz Sulaiman Endut.
Wallahualam.

Saturday 16 April 2011

Perdebatan antara Imam Abu Hanifah dan Dahri Soal Ketuhanan.

Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat Islam. Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait denngan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.
Dari kejadiannya ini, tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan ulama yang benar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya. Lalu Khalifah memerintahkan beberapa orang menteri meninjau ke daerah lain, kalau-kalau masih ada ulama yang boleh dibawa berdepan dengan Dahri.
Akhirnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaimann Al-Asy ari, seorang ulama yang tidak kurang juga ketokohannya. Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan majlis bersejarah itu mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum pertemuan itu lagi, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai. Masing-masng menaruh harapan agar Imam Hammad berjaya menumbangkan Dahri kerana beliaulah satu-satunya ulama yang diharapkan.
“Subhanallah…. Subhanallah …. Walauhaulawala quwwata illa billahi aliyyil azim….!” Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat mensucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi Zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus. Rasanya dah tidak sanggup telinganya menadah bermacam tohmahan yang dilemparkan oleh Dahri yang biadab dan matarialis itu.
Mempertikaikan KeEsaan Allah SWT bukanlah perkara kecil dalam Islam. Ini kes berat! Hatinya cukup pedih. Roh ketauhidannya bergelora. Mahu rasanya dipengal leher si Dahri yang angkuh itu di depan ribuan mata yang turut hadir dalam majlis itu. Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu’man, yang ketika itu usiannya masih lagi remaja. Bila ternampak keadaan gurunya itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian.
Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar. Dalam pada itu teringat Hammad akan mimpinya malam tadi, lalu dikhabarkan kepada muridnya itu. Abu Hanifah mendengarnya dengan penuh khusyuk. “… Aku bermimpi ada sebuah dusun yang amat luas lagi indah. Di sana kulihat ada sepohon kayu yand rendang dan lebat buahnya. Tiba-tiba, di situ keluar seekor khinzir dari hujung sebuah kampung. Lalu habis dimakannya buah-buahan yang masak ranum dari pokok itu. Hingga ke daun dan dahan-dahannya habis dimakan. Yang tinggal cuma batangnya sahaja. Dalam pada itu juga keluar seekor harimau daripada umbi pohon rendang tadi lalu menerkam khinzir itu dengan gigi dan kukunya yang tajam. Lalu, khinzir tadi mati di situ juga.
Hammad termenung seketika. Kekalutan pemikiran yang telah dicetuskan Dahri, yang boleh mengugat pegangan aqidah umat ini, tidak boleh di biarkan. Mesti dihapuskan segera. Wajahnya yang tenang bagai air sungai yang mengalir jernih, masih nampak bercahaya walau di saat sebegitu genting. Satu kelebihan Abu Hanifah ialah beliau juga dikurniakan Allah ilmu mentafsir mimpi, sebagai mana nabi Allah Yusuf.
Pada pengamatannya juga, mimpi tersebut akan memberi petanda baik bahawa si Dahri pasti akan menerima padahnya nanti. Dan setelah mendapat keizinan gurunya, dia pun cuba mentafsirnya: ” Apa yang tuan lihat dalam mimpi tuan sebagai dusun yang luas lagi indah itu adalah tafsiran kepada agama Islam kita. Pokok yang berbuah lebat itu adalah tafsiran kepada sekalian ulamannya. Manakala sepohon kayu yang masih tinggal itu adalah tuan sendiri. Dan khinzir yang tiba-tiba muncul dan merosakkan pohon tersebut ialah si Dahri. Manakala harimau yang keluar lalu membunuh khinzir tadi… adalah saya…” jelas Abu Hanifah.
Beliau juga memohon izin untuk membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Betapa gembiranya hati Iman Hammad bila tercetusnya hasrat itu dari hati muridnya sendiri. Maka berangkatlah ilmuan budak itu bersama gurunya untuk pergi ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah.
Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri akan mencabar dan memperleceh-lecehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas. ” Hai Dahri, apalah yang digusarkan.
Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!”
Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah. ” Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku… Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan…!” Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.
” Wahai Dahri,” balas Abu Hanifah,” sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa.” Abu Hanifah lalu membacakan sebuah firman Allah SWT yang bermaksud: ” Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berilmu antara kamu beberapa darjat.
” ( Al-Mujadalah : 11 )
Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog. perdebatan antara Abu Hanifah dengan tokoh Ad- dahriayyah, yang terkenal dengan pemikiran materialisdan ateisnya itu, berlangsung dengan mendebarkan.
“Benarkah Allah itu wujud?,” soal Dahri memulakan majlis dialognya.
“Bahkan Allah memang wujud,” tegas Abu Hanifah.
“Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..??” Suara Dahri semakin meninggi.
“Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!” jelas Abu Hanifah.
“Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula…?” bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin.
“Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa…” Abu Hanifah mula berhujah. Orang ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda ini berpidato dengan penuh minat.
“Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa…!” sahut Dahri. “Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu…? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?” Terserentak Dahri seketika.
Orang ramai mula berbisik-bisik sesama sendiri. Setelah itu Abu Hanifah mengambil pula segelas susu lalu ditunjukkan pada Dahri, seraya berkata: ” Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak…?”
Pantas Dahri menjawab, “Ya, bahkan!” Abu Hanifah bertanya lagi, “Kalau begitu dimanakah lemak itu berada…? Di bahagian atasnyakah atau dibawahkah…?”
Sekali lagi Dahri terserentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu. “Untuk mencari dimanakah beradanya roh dalam jasad dan tersisip dimanakah kandungan lemak dalam air susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau dimanakah beradanya Zat Allah SWT di alam maya ini? Zat yang telah mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung…!”
Suasana menjadi agak bingar. Dahri terpaku di kerusi. Terbungkam lidahnya. Merah mukanya. Kesabarannya mula terburai. Bila keadaan agak reda, Dahri membentangkan soalan. “Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti…”
Semua mata tertumpu pada Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang pintar ini. “Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah Taala dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah SWT tetap Qadim dan Azali. Dialah yanng Awal dan Dialah yang Akhir”, tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.
“Pelik sungguh! Mana mungkin begitu…. Tuhan Wujud tanpa ada permulaan Nya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas Nya….?” Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.
Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, “Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?” Sambil menuding ibu jarinya ke langit. Dan beberapa hadirin turut berbuat demikian. “Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya…”
Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah. “Jadi…! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah SWT Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya.
Sekali lagi Dahri tercengang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum. Hati Dahri bergelodak bagai air tengah menggelegak. “Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!” Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok. “Allah itu ada, kata mu.
Ha! apakah pekerjaan Tuhan mu ketika ini ?”
Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang. “Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang,” Katanya. Pemuda ideologi Ad- Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah: “Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang bathil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini… !”
Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang telah berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu. Sehingga ke hari ini, nama Imam Abu Hanifah terus dikenali keserata dunia sebagai seorang Fuqaha dan salah seorang daripada Imam Mujtahid Mutlak yang empat. Kemunculan Mazhab Hanafi dalam fiqh Syar’iyyah, juga mengambil sempena nama ulama ini.


Kesimpulannya, sebagai umat Islam kita harus peka persoalan-persoalan yang sering dipermainkan dan diajukan oleh orang bukan Islam untuk mengelirukan fahaman kita. Dengan adanya artikel ini sedikit sebanyak dapat kita mengetahui persoalan mengenai keesaan Allah Taala.

Monday 28 March 2011

Sujud Tilawah Dan Sujud Syukur


Sepertimana yang telah dijelaskan bahawa sujud tilawah itu sunat juga dilakukan di luar sembahyang iaitu setelah selesai menghabiskan bacaan ayat sajdah atau mendengarnya, jika hendak melakukan sujud tilawah hendaklah berniat sujud tilawah kemudian bertakbir iftitah seperti takbiratul ihram dalam sembahyang.

Niat sujud tilawah ini adalah wajib bersandarkan kepada hadis Baginda Rasulullah SAW :
Maksudnya: “Sesungguhnya amal perbuatan itu hanyalah dengan niat”

Begitu juga dengan takbir iftitah hukumnya adalah wajib kerana ia adalah merupakan syarat sujud tilawah itu menurut pendapat al-ashah.

Di samping berniat di dalam hati ia juga disunatkan melafazkan niatnya itu, seperti:
Ertinya:“Sahaja aku melakukan sujud tilawah kerana Allah Ta‘ala”
Kemudian itu bertakbir sekali lagi untuk melakukan sujud tanpa mengangkat tangannya. Apabila hendak bangun dari sujud adalah disunatkan ketika mengangkat kepalanya dengan bertakbir.

Adalah disunatkan menurut pendapat al- shahih memanjangkan bacaan takbir yang kedua ketika hendak sujud sehingga ia meletakkan dahinya ke tempat sujud, dan juga bagi takbir yang ke tiga ketika bangkit dari sujud sehingga duduk semula.(Al-Majmuk 3/561)
Setelah ia bangun dari sujud maka disudahi dengan salam iaitu dalam keadaan dia duduk tanpa bertasyahhud. Salam menurut pendapat al-azhar adalah wajib kerana ia merupakan syarat sebagaimana di dalam kitab Syarah Al-Minhaj.

Kesimpulannya perkara yang dituntut yang juga merupakan rukun sujud tilawah bagi yang melakukannya bukan di dalam sembahyang ialah niat sujud, takbir seperti yang dilakukan ketika hendak mengangkat takbir untuk menunaikan sembahyang, sujud dan juga salam.
Perlu diingat bahawa untuk melakukan sujud tilawah di luar sembahyang ini tidak disunatkan bangun dari duduk untuk berdiri (qiam) kemudian melaksanakan sujud, bahkan memadailah hanya dalam keadaan duduk. Sementara itu jika dia dalam keadaan berdiri maka dilakukan takbiratul ihram dalam keadaan berdirinya itu kemudian membaca takbir dan sujud.(At-Tibyan Fi Adab Hamalatil Quran 118)

BACAAN ATAU ZIKIR  KETIKA SUJUD TILAWAH
Adalah sunat hukumnya membaca zikir ketika di dalam sujud tilawah. Di antara zikir yang di galakkan itu ialah:

Ertinya: “Telah sujud wajahku kepada (Allah,Zat) yang Menciptakannya, yang Membentuknya dan yang Membuka pendengarannya serta penglihatannya dengan daya dan kekuatanNya maka Maha berkat (serta maha tinggilah kelebihan) Allah sebaik-baik Pencipta”
Dan zikir yang lain sebagaimana yang di sebut dalam hadis Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam:


Maksudnya : “Ya Allah tuliskan bagi ku dengan sujud ini pahala dan jadikanlah sujud ini berharga di sisiMu dan hindarkanlah daripadaku dosa dengannya terimalah ia daripadaku sepertimana Engkau menerima sujud hambaMu Daud”
(Hadis riwayat Al-Tirmidzi dan lainnya dengan sanad yang hasan)

Sementara itu Al-Ustaz Ismail Al-Dharir di dalam tafsirnya menaqalkan bahawa Imam Asy-Syafi‘ie memilih untuk diucapkan di dalam sujud tersebut :
Ertinya: “Maha suci tuhan kami, sungguh janji Tuhan kami tetap terlaksana”
Walau bagaimanapun adalah harus dibawakan zikir yang biasa digunakan di dalam sujud sembahyang.

Menurut Imam Al-Qalyubiy bahawa sujud tilawah atau sujud syukur itu boleh diganti dengan zikir berikut bagi orang yang tidak melakukan sujud walaupun ia suci dari hadas (dalam keadaan berwudhu) seperti ucapan:
Ertinya:“Maha suci Allah dan segala puji-pujian bagiNya, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Allah itu Maha Besar”.
Dibaca zikir tersebut sebanyak empat kali kerana ia boleh menggantikan tempat tahiyatul masjid.(Al-Fiqhu Al-Islami Wa Adillatuhu 1136)

APA DIA SUJUD SYUKUR ITU ?
Sujud syukur ialah sujud untuk menyatakan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah SWT atau atas terhindarnya seseorang dari malapetaka.

HUKUM SUJUD SYUKUR
Jumhur ulama berpendapat bahawa sujud syukur itu adalah sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf katanya yang maksudnya :

“Sewaktu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju ke dalam bangunan-bangunan tinggi lalu memasukinya. Kemudian Baginda menghadap kiblat dan sujud, dan memanjangkan sujud Baginda. Kemudian Baginda mengangkat kepalanya seraya bersabda: “Sesungguhnya Jibril mendatangiku dan memberi khabar gembira kepadaku. Jibril berkata:“Sesungguhnya Allah mengatakan kepada engkau: “Siapa yang memberi selawat ke atas engkau Aku akan memberi selawat kepadanya dan siapa yang memberi salam kepada engkau, Aku akan memberi salam kepadanya” Lalu saya bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah”.
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Dalam hadis yang lain pula yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya bahawa Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam jika sampai kepada Baginda sesuatu perkara yang menggembirakannya, Baginda akan melakukan sujud.(Syarah Al-Minhaj)

Sujud syukur di dalam mazhab Asy-Syafi‘ie tidak boleh dilakukan di dalam sembahyang. Ianya hanya sunat dilakukan di luar sembahyang ketika seseorang mendapat limpahan rahmat daripada Allah atau terhindar daripada malapetaka.
Di antara sujud yang dikategorikan sebagai sujud syukur ialah sujud selepas membaca ayat 25 daripada surah Shad iaitu:

Tafsirnya: “Maka Kami mengampuni kesalahannya. Sesungguhnya dia dekat dari Kami dan mempunyai tempat kembali yang baik”.

Dari itu sujud kerana ayat ini tidak boleh dibuat di dalam sembahyang kerana sujud pada ayat di atas adalah atas dasar syukur dan sujud syukur tidak boleh dilakukan di dalam sembahyang. Jika dia sujud maka batallah sembahyangnya menurut pandapat al-ashah, kecualilah jika ia tidak mengetahuinya atau ia terlupa.


BAGAIMANA SUJUD SYUKUR DILAKSANAKAN ?
Sujud syukur dilaksanakan sama halnya seperti melakukan sujud tilawah ketika ia dilakukan di luar sembahyang iaitu berniat untuk melakukan sujud syukur,takbir,sujud dan juga salam.

Syarat-syarat sahnya juga sama seperti syarat-syarat yang terkandung di dalam sujud tilawah iaitu suci dari hadas kecil dan besar, menutup aurat dan menghadap kiblat.
Dari segi zikir yang sunat dibaca ketika sujud syukur ini adalah sama seperti zikir-zikir yang telah dijelaskan di dalam sujud tilawah.

Begitulah cara Islam mengajarkan kita bagaimana cara mensyukuri nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau terlepas daripada bala. Di samping sunat melaksanakan sujud syukur disunatkan juga bersedekah dan melakukan sembahyang sunat syukur. ( Mughni Al-Muhtaj 1/219). Menurut Al-Khawarizmi pula, jika ia menggantikan tempat sujud itu dengan bersedekah atau sembahyang dua rakaat maka itu adalah yang lebih baik.

Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama.

PENUTUP      
Sujud tilawah dan sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda tentang kelebihan sujud tilawah. Dari itu, sayugialah diingatkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam.

WALLAHUALAM

Sumber rujukan

Saturday 12 March 2011

Cinta Oh Cinta (Bahagian 2)

Pernahkah terfikir, mengapa cinta pada usia remaja amat indah dirasakan?

Duhai para gadis...tika anda berasa perasaan dilamun khayalan itu, NAFSU mula bermaharajalela. Syaitan pula BERTEPUK TANGAN. Syaitan menJERAT anda dengan TALI KESESATANNYA dan terus memujuk rayu perasaan anda, hinggalah anda mabuk dan hilang kawalan. Teman lelaki yang anda sangka KEKASIH SEJATI itu adalah SYAITAN BERWAJAH MANUSIA yang mula mengikut kehendak nafsu kelelakiannya yang
memandang perempuan dengan SATU HAJAT. Jika nama makhluk itu 'lelaki', yang TIDAK DIIKAT AKAD NIKAH dengan anda, tidak kira usianya muda ataupuna tua, percayalah...hajatnya SATU sahaja. Apabila hajatnya dipenuhi, belum tentu anda akan dibelai lagi seperti selalu. Belum tentu juga dia akan melayan anda dengan baik seperti sebelumnya.

Anda ingat teman anda itu suka sangat membelai anda, memuji dan menyanjung anda tanpa sebab?

Duhai gadis... Segeralah ingat bahawa di KIRI KANAN ada MALAIKAT yang menjaga kita setiap saat, tidak pernah lalai mencatat amalan sejak kita dilahirkan. Pada diri kita ada pandangan ALLAH SWT yang Maha Melihat dan Maha Menghitung perbuatan manusia. Malaikat di kiri kanan anda itu amat malu hendak melihat PERLAKUAN JELIK anda dengan si dia. RAQIB di sebelah kanan menggeleng-geleng kerana tidak dapat mencatat kebaikan manakala ATID di sebelah kiri pula menggeleng-geleng kerana tidak sanggup mencatat kejahatan yang sedang anda buat.


Cinta muda mudi yang sedang anda lalui ini TIDAK ADA MATLAMATNYA. Yang ada hanyalah keseronokan dan PANAHAN SYAITAN. Tolonglah! Tolonglah JANGAN izinkan syaitan bertepuk tangan dan bersorak kemenangan. Jika anda layu di hujung rayuan si dia, maka syaitan akan berpesta kerana seorang lagi anak Adam berjaya ditawan dan dijadikan kawan karibnya dalam RIMBUNAN KAYU API NERAKA KELAK.

Namun jika anda tersedar daripada perbuatan keji itu, berISTIGFAR, memohon KEAMPUNAN dan menyesal, makan SYAITAN AKAN MERATAP kerana sudah KALAH DI TANGAN MANUSIA yang dijadikan ALLAH SWT sebagai Khalifah di atas bumi ini. Dan inilah pilihan yang benar. InsyaALLAH..

Continue....

Tuesday 8 March 2011

Cinta Oh Cinta (Bahagian 1)

Berdasarkan situasi masa kini, ana menjangka sebahagian besar anak muda pernah bercinta dalam usia mentah mereka. Seawal usia belasan tahun, mereka sudah berani mempertaruhkan diri untuk jatuh cinta, mencintai dan dicintai.

Wahai anak gadis... Usah mudah sangat membiarkan diri anda jatuh cinta. Jika terlalu mudah jatuh cinta, anda tidak akan lagi menghargai cinta itu. Dan cinta itu akan menjadi CINTA MURAHAN yang boleh dibeli di mana-mana. CInta murahan juga tidak kekal lama.

Wahai gadis... seronok jika ada teman lelaki, kan? Seakan-akan dunia anda yang punya. Alam ini dilihat indah di mana-mana. Mana tidaknya, ketika bercinta, si dia sentiasa ada banyak masa untuk dihabiskan bersama-sama anda. Sidia juga sering memberikan hadiah, membawa anda bercuti dan meraikan hari-hari istimewa bersama anda.

Tetapi awas! Mengapa si dia terlalu baik melayan anda? Katanya, dialah buah hati anda dunia dan akhirat. Andalah segala-galanya. Dia terlalu banyak memuji anda. Pernahkah sewaktu bersama dengannya, tangannya cuba-cuba menyentuh anda (kononnya tidak sengaja), bibirnya cuba mendekati pipi anda atau hidungnya selalu dekat dengan rambut anda?

Pada hemat ana, perkara sebegitu sering berlaku. Apakah tindakan anda? Adakah anda menepis dengan manja gerak gerinya, marah pada kali pertama tetapi membiarkan pada kali kedua dan seterusnya?

Alangkah nikmatnya cinta... Itu yang anda rasa dan fikirkan?? Biarkan masa lambat berlalu jika bersamanya. Dan biarkan jarum jam cepat berputar untuk menanti saat bertemu dengannya lagi..???

Continue....

Sunday 6 March 2011

Setiap Langkah Tersirat Makna

  • Ketika berkumur : Bisikkanlah dalam hati "Ya ALLAH... Ampunilah dosa mulut dan lidahku ini.." (Ini kerana mulut dan lidah adalah anggota yang paling banyak menyebabkan dosa)
  • Ketika membasuh muka : Bisikkanlah "Ya ALLAH... Putihkanlah mukaku diAkhirat kelak. Janganlah KAU hitamkan mukaku ini.." (Ini kerana muka ahli Syurga putoh berseri-seri)
  • Ketika membasuh tangan kanan, bisikkan pula " Ya ALLAH... Berikanlah hisab-hisabku melalui tangan ini.."( Ini kerana hisab yang didapati melalui tangan kanan membuktikan Husnul Khatimah)
  • Ketika membasuh tangan kiri, Merintihlah dengan bisikan " Ya ALLAH... Janganlah KAU berikan hisab-hisabku melalui tangan kiriku ini.." ( Ini kerana pemberian hisab melalui tangan kiri bermaksud Suul Khatimah)
  • Ketika membasuh kepala, berbisiklah "Ya ALLAH.. Lindungilah daku dari terik matahari di Padang Mahsyar dengan ArasyMU" (Ini kerana terika matahari di Padang Mahsyar umpama ia berada hanya sejengkal di atas kepala)
  • Ketika membasuh telinga bisikkanlah "Ya ALLAH.. Ampunilah dosa telingaku ini.." (Ini kerana telinga pernah digunakan untuk mendengar fitnah, umpat dan hasutan)
  • Ketika membasuh kaki kanan, ucapkanlah "Ya ALLAH..permudahkanlah aku melintas Siratul Mustaqim.." ( Ini kerana melintas titian itu mudah untuk ahli Syurga)
  • Ketika membasuh kaki kiri berdoalah "Ya ALLAH bawakanlah aku ke masjid, surau dan bukan tempat-tempat maksiat" (Ini kerana manusia sentiasa memerlukan petunjuk Ar RAHMAN untuk melakukan kebaikan dan menjauhi kemurkaan)
Kemudian bacalah doa ini dengan sepenuh hati ;

Aku mengaku bahawa sesungguhnya tiada TUHAN melainkan ALLAH Yang Maha Esa dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruhNYA. Ya ALLAH... Jsdikanlah diriku dari kalangan orang yang bertaubat. Jadikanlah diriku dari kalangan orang yang sucidan jadikanlah diriku dari kalangan hambaMU yang soleh.
Amien...

Wallahualam.

Friday 4 March 2011

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....

AMINnnnn.

Mestikah Jodohnya Penzina Juga?

KHA, 03 FEB 2011 22:20 | ZAHARUDDIN ABD. RAHMAN | EDITOR: TEAM AGAMA

Ustaz, saya nak bertanya adakah seorang gadis yang pernah membuat zina, tetapi telah bertaubat dengan sesungguhnya. Adakah dia akan mendapat jodoh penzina juga. sedangkan dia benar-benar telah bertaubat dan berusaha menjadi wanita solehah.

Jawapan Ustaz :
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, jika seseorang sudah bertaubat dengan sebenar-benarnya (taubat nasuha), nescaya bukti nyata dan jelas akan hasil taubatnya yang tulen adalah dengan perubahan seluruh gaya hidupnya yang berkaitan hubungan lelaki dan wanita.
Jika seseorang mendakwa atau merasa diri sudah bertaubat, namun gaya hidup lamanya seperti :
  1. Rutin hubungan kawan dan rakan dengan lelaki masih aktif
  2. Masih keluar makan, berjalan berdua-duaan dengan lelaki samada urusan kerja atau peribadi
  3. Masih ber 'boyfriend' aktif dengan dating dan chatting intim di malam hari, cuma kononnya kali kini dengan seorang 'ustaz' atau seseorang yang 'jaga solat lima waktu'.
Jawapnya; peluang untuk mendapat suami penzina akan terbuka luas seperti dahulu..
Taubatnya mestilah dengan perubahan ketara dalam semua gaya hidup dan cara hubungannya dengan lelaki. Cara pakaiannya juga sepatutnya berubah, mungkin dari membuka aurta kepada tutup, dari tutup separa kepada tutup penuh, dari tudung glamour munafiq (hakikatnya membuka aurat) kepada tudung muslimah sejati.
Hanya dengan demikian, mata-mata lelaki soleh akan mula melihat dan masuk menghantar wakil kepada ibu bapanya.

Mata Lelaki Soleh
Mata lelaki soleh tidak ingin melihat kepada wanita yang bercampur baur dengan teman lelaki sekerja, 'bertepuk bertampar', bergurau senda, berdating sana sini dan berdua-duaan. Kecuali mata lelaki 'soleh' luarannya (penampilan fizikalnya) namun 'tidak soleh' dalamannya, mereka yang seperti ini akan terus berminat kepada mana-mana jenis wanita.

Lelaki Zina Untuk Perempuan Zina?
Akhirnya, Allah SWT berfirman : "Lelaki-lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau wanita musrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau musyrik." (Surah An-Nur : 3)
Dalam ayat lain Firman Allah : "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.." ( Surah An-Nur : 26 )
Ayat di atas menyebabkan ulama berbeza pandangan dalam hal berkahwin dengan sesorang yang telah berzina. Ayat di atas secara sepintas lalu, kelihatan mengharamkan berkahwin dengan kumpulan penzina ini kecuali seorang penzina juga.

Walaubagaimanapun, menurut pandangan yang terkuat; hukum ayat di atas telah di 'nasakh' kan dengan ayat yang mengharuskan berkahwin dengan semua muslim dan muslimah yang masih boleh berkahwin. Iaitu ayat surah An-Nur ayat 32 . Ia adalah pandangan majoriti ulama. (Al-Jami' li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 6/112 ; cet Dar al-Kutub al-Ilmiah)

Perlu diingat juga, terdapat sesetengah keadaan Allah swt memberikan jodoh lelaki atau wanita 'jahat'  kepada individu yang baik atau amat baik. Ia juga tidak bercanggah dengan ayat di atas.
Hikmah yang Allah Maha Mengetahui.. amat besar kemungkinan yang soleh tersebut berjaya menjadi lebih soleh dan musleh (membantu menjadikan seseorang itu menjadi soleh) apabila mendapat pasangan kurang baik. Lantaran pengaruh dan kekuatannya, hingga beliau menjadi semakin tinggi martabatnya di sisi Allah manakala pasangannya yang jahat menjadi soleh dan solehah.  

Tatkala itu, pasangan individu kurang baik boleh sahaja menjadi anugerah terbesar buat sebilangan individu yang terpilih menjadi lebih baik dengannya.
Namun boleh berlaku juga sebaliknya, yang jahat bertambah ultranya, yang baik merudum jatuh. Nauzubillahi min zalik (semoga kita dijauhkan daripadanya).

Artikel iluvislam.com

5 SYARAT BERBUAT MAKSIAT

"Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" 

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" 

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki i tu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?" 

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. 

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" 

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" 

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." 

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak. 

Doa Pelembut Hati

Ya ALLAH...
Kurniakanlah kami lidah yang lembut dan basah dengan mengingati dan menyebut namaMU, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMU serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMU.

Ya ALLAH...
Kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang bermanfaat serta keyakinan yang benar-benar teuh terhadapMU.

Ya ALLAH...
Kurniakanlah kami agama yang betul, selamat daripada bahaya dan malapetaka.

Kami mohon Ya ALLAH...
Berikanlah kecukupan kepada kami supaya kami tidak meminta-minta, berikanlah kami iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain daripada ENGKAU Ya ALLAH.
Kembangkanlah lembayung rahmatMU kepada kami, keluarga kami serta anak-pinak kami, serta sesiapa sahaja yang bersama kami.

Jangan Ya ALLAH...
Jangan ENGKAU biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walau sekelip mata atau kedar lebih pendek dari itu.
Wahai TUHAN yang paling cepat dan mudah memperkenankan, perkenankanlah permintaan kami ini.

Selawat dan restuMU buat junjungan kami, Muhammad yang mulia, keluarga serta sahabat baginda seluruhnya.
(Doa Ma'thurat)

dipetik dari buku

Duhai TUHANKU... Perkenankanlah...

 
TUHAN...ampunilah keterlanjuaranku. Aku hamba-MU yang zalim. Aku hamba-MU yang berdosa.
Sudah segunung dosaku ini. Sudah selaut dosaku pada-MU. Kemana harusku tuju dengan tubuh yang kotor ini..?
Sudah puasku meratap. Akhirnya, kusedari bahawa taubat hanya disisi-MU.
Aku ingin bertaubat ya ALLAH... Masihkah KAU sudi menerima taubatku ini...?
Aku manusia hina, ya ALLAH...

Ya ALLAH...
Betapa banyak usia kubazirkan dalam dosa. Aku ingkar segala perintah-MU.
Kuturuti runtunan nafsu yang jahat itu. Apa sahaja bisikan syaitan aku ikut dengan rela.
Kaki kuhayun mencari maksiat. Tanganku...memegang dosa.
Sepatutnya nikmat kaki dan tangan kugunakan untuk taat kepada-MU.
Begitu juga dengan nikmat-nikmat lain yang KAU anugerahi, yang aku terima secara percuma.

Ya ALLAH...
Masih sudikah KAU mengampuniku yang serba kotor ini...? Aku bimbang ya ALLAH, jika KAU tidak mengampuniku, jika usiaku panjang, aku akan hidup dalam kehinaan. Jika usiaku pendek, seluruh isi alam akan berkata 'Kami sudah tahu di mana kau akan dihumban buat selama-lamanya'.

Ya ALLAH...
Dosaku terlalu banyak. Aku berasa malu.
Namun, dengan penuh keinsafan aku merayu, kumohon KAU memberiku dua perkara.
Aku ingin memohon keampunan-MU. Aku pernah mendengar mereka berkata, ENGAKU Maha PENGAMPUN. Rahmat-MU jua Maha Luas.

Aku ingin memohon kesempatan usia. Aku berjanji ya ALLAH...dalam keinsafan dan kesempatan usia ini untuk menjadi hamba-MU yang baik. Aku ingin menebus dosa-dosaku yang lalu. Aku ingin menjadi insan baru, yang tahu bersyukur kepada-MU. Kumohon KAU tidak mencabut nyawaku dalam kemurkaan. Kumohon KAU mencabut nyawaku dalam iman...

Petikan daripada 

'...Saat kugapai kasih-MU
Barulah kutahu dalam diri ini
Ada sejuta keindahan yang belum kukenali
Andai lama dahulu kukenal diriku
Tidaklah aku tersasar dari jalan-MU.
Dan kini..dalamsujud aku menyerah
Taubatku hanya untuk-MU, Ya ALLAH...'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...